Rentas Negeri: Individu Guna Kad Vaksin Palsu Akan Ditahan

Orang ramai yang belum divaksinasi diingatkan supaya tidak cuba menggunakan kad vaksinasi palsu atau dokumen palsu lain ketika diperiksa pihak berkuasa dengan tujuan mengelak daripada ditahan.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sekiranya ada individu yang ingkar, mereka akan diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

rentas negeri: individu guna kad vaksin palsu akan ditahan

Katanya, mereka yang belum divaksin mungkin akan cuba menggunakan cara itu bagi tujuan merentas negeri dan pulang ke kampung, namun pasukan pemantau akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan semua individu yang berada di tempat awam adalah lengkap divaksin.

 

Memandangkan aktiviti rentas negeri sudahpun dibenarkan, kesemua 240 anggota yang terlibat ketika penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) akan pulang ke unit masing-masing.

 

Empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya bagi memastikan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja berada di premis berkenaan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN