Wah! GSC Lancar Pawagam Khusus Untuk Ibu Bapa Dengan Kanak-Kanak Autisme

Baru-baru ini, GSC telah memperkenalkan dewan pawagam mesra autisme bagi keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa.

wah! gsc lancar pawagam khusus untuk ibu bapa dengan kanak-kanak autisme

Projek itu menerima kerjasama antara Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom), Projek Harapan EAP dan Projek Kafe Autisme.

Dewan itu dilengkapi tempat duduk gaya sofa boleh laras, taman permainan kecil di hadapan dewan, serta pencahayaan malap dan ciri bunyi yang diperlahankan.

“Kini ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas juga boleh menikmati menonton filem di pawagam tanpa menjadi takut yang anak mereka akan mengganggu orang lain,” kata Nasom menerusi satu hantaran Facebook.

Menurut GSC, ia mempunyai perancangan untuk mengembangkan jumlah dewan pawagam yang berkonsepkan seumpama itu di cawangannya yang lain pada masa depan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN