Hebat, Graduan Perakauan UiTM Ini Kelapan Terbaik Di Dunia!

Seorang pelajar jurusan perakauan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi mengulangi kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai kelapan terbaik di dunia.

hebat, graduan perakauan uitm ini kelapan terbaik di dunia!

Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 22, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom (UK), yang didudukinya bulan lalu.

.

Ekoran kejayaan itu, beliau meluahkan rasa syukur selepas bersaing dengan 3,877 graduan lain dari seluruh dunia dan 500 graduan di Malaysia.

.

Kekal konsisten supaya tidak ketinggalan dan merujuk kepada pensyarah untuk maklum balas dalam hal peperiksaan atau latihan kelas antara tips yang sering diamalkan Hannah.

.

Sebelum ini, Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam peperiksaan program perakaunan profesional sesi Jun 2021.Beliau memperoleh keputusan cemerlang dalam Financial Management (FM) dan Strategic Business Reporting (SBR).

.

Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN