Nama, Nabila Razali bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni tanah air.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 31, sebelum ini pernah dilaporkan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani.
Meskipun kedua-duanya tidak mengesahkan perkara itu, para peminat tetap mendoakan agar perancangan untuk ke gerbang perkahwinan berjalan lancar.
Malah, timbul dakwaan pasangan ini dikatakan akan mendirikan rumah tangga dengan majlis pernikahan bakal diadakan pada 13 November depan, yang juga bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-31 beliau.
Menerusi hantaran di Instagram, Nabila memuatnaik foto memegang kek dengan kapsyen ringkas “Let’s make it a November to remember” berserta tanda pagar #NewChapter.
Tambah lagi, beberapa minggu lalu, Nabila telah diraikan oleh rakan rapat dalam acara ‘hens party’, yang turut dikongsikan dalam Instagram Story seorang selebriti.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka bersama.
Sumber: Instagram / Kosmo!