Google Malaysia, Astro AWANI Bantu Usahawan Kecil & Sederhana

Dalam usaha membantu perniagaan kecil dan sederhana (SME), Google Malaysia dan Astro AWANI hari ini telah membentuk satu kerjasama strategik dalam memacu peralihan ke arah digital.

google malaysia, astro awani bantu usahawan kecil & sederhana

Melalui ‘Jiwa SME Google AWANI’, ia melibatkan aspek kandungan berita dan hal ehwal semasa, pembangunan kemahiran serta latihan secara virtual kepada para usahawan kecil dan sederhana.

 

Menurut Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo berkata, Google telah menyediakan pelbagai aplikasi dalam membantu pengusaha kecil sederhana di negara ini.

 

Menurutnya, hampir 60 peratus pengguna digital baharu adalah bukan dari kawasan bandar, sekaligus menggambarkan potensi besar ekonomi digital di luar kawasan Lembah Klang.

google malaysia, astro awani bantu usahawan kecil & sederhana

Seiring dengan matlamat Industri 4.0 iaitu meningkatkan kualiti hidup melalui pemerkasaan digital dalam kehidupan seharian dan pendigital perniagaan, kerjasama Google dan Astro AWANI sebagai saluran berita utama diharap dapat menyajikan pelbagai kisah perniaga kecil yang berubah sepantas kilat sepanjang pandemik COVID-19.

 

"Dengan kekuatan penyediaan teknologi oleh Google Malaysia dan Astro AWANI sebagai saluran berita utama, kita berharap banyak lagi kisah kejayaan peniaga-peniaga kecil berubah dengan pantas sepanjang menempuh COVID-19 ini terus menjadi inspirasi kepada umum," demikian menurut Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail.

 

Kandungan seperti Awani745, Agenda AWANI, Niaga AWANI, AWANI Pagi, AWANI Tonight dan banyak lagi seperti di www.astroawani.com serta saluran 501 Astro AWANI bakal menyaksikan penyaluran ilmu dan maklumat berkaitan peralihan SME ke arah digital.

 

Platform webinar dan laithan secara virtual di AWANI LINC (linc.astroawani.com) pula menyajikan pembangunan kemahiran dalam kalangan usahawan tempatan mengenai penggunaan teknologi Google.

Sumber: Astro AWANI