Gerai Jualan Khalid Jamlus Terpaksa Gulung Tikar Kerana COVID-19 & PKP

Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus terpaksa mengumumkan tutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor.

gerai jualan khalid jamlus terpaksa gulung tikar kerana covid-19 & pkp

Bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan dan ATM itu telah mengusahakan Gerai Daging Masak Lomak Cili Api hampir setahun yang lalu.

 

Bagaimanapun, beliau antara golongan yang meraih pendapatan harian dengan berniaga sendiri terkesan dengan pelaksanaan PKP ketika ini kerana tiada pelanggan yang berkunjung tiba.

 

"Assalamualaikum semua, mulai esok saya terpaksa tutup kedai.

"Tikar yang kami bentang...tikar itu juga kami terpaksa gulung," tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Rata-rata peminat bekas pemain kebangsaan itu meluahkan rasa simpati dan turut memberikan cadangan lain kepada beliau untuk teruskan berniaga seperti menjual lauk salai dalam bentuk sejuk beku agar ia boleh dipasarkan ke negeri-negeri lain juga.

 

Pada Julai lalu, Khalid Jamlus yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas pada 19 tahun yang lalu terpaksa melelong barangan peribadinya termasuklah trofi berkenaan susulan tiada pekerjaan selama tiga tahun.

 

Sumber: Astro AWANI