Gempa Bumi Indonesia, Gegaran Terasa Sampai Semenanjung Malaysia

Satu kejadian gempa bumi berukuran 6.2 telah berlaku sebentar tadi di Pekan Baru Indonesia.

gempa bumi indonesia, gegaran terasa sampai semenanjung malaysia

Perkara itu disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu hantaran di Twitter.

 

 

Gempa itu bagaimanapun tidak berpotensi menyebabkan tsunami, meskipun gegarannya turut dirasai di beberapa kawasan Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Shah Alam, Port Klang, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

 

Malah, carian #earthquake, Shah Alam, Indonesia juga trending di Twitter. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

gempa bumi indonesia, gegaran terasa sampai semenanjung malaysia

Sumber: Astro AWANI