KKM Tidak Tolak Kemungkinan Gelombang Omicron Akan Bermula Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan berlakunya gelombang varian Omicron di Malaysia, seperti yang berlaku juga di negara-negara lain.

kkm tidak tolak kemungkinan gelombang omicron akan bermula di malaysia

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa langkah segera perlu diambil bagi memperlahankan penularan varian itu dinegara ini.

 

"Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, antara langkah perlahankan penularan Omicron," demikian kata Khairy seperti dipetik dari laman Twitter.

 

Tambah beliau lagi, meskipun data terkini Omicron tidaklah seteruk varian Delta, namun kebolehjangkitannya adalah lebih tinggi.

 

"Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu, kebolehjangkitan Omicron > (lebih tinggi daripada) Delta.

"Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat," ujarnya lagi.

kkm tidak tolak kemungkinan gelombang omicron akan bermula di malaysia

Sumber: [1]