‘Beauty is Pain’, Gelagat Nikki Palikat Naik Tangga Dengan Dress Curi Tumpuan Ramai [Video]

Nicolette Louisa Palikat, 38, atau lebih dikenali sebagai Nikki Palikat adalah merupakan salah seorang peserta dalam program All Stars Gegar Vaganza (GV10).

 

Pada minggu ke-7 GV10 baru-baru ini, ramai peminat mempersoalkan keadaan Nikki yang dilihat sukar bergerak lebih selesa dengan pakaian yang dipakai olehnya pada malam itu.

 

Nikki yang berada di kedudukan dua terbawah pada minggu tersebut telah berkongsi satu video yang menunjukkan gelagatnya menaiki tangga dengan pakaian tersebut.

‘beauty is pain’, gelagat nikki palikat naik tangga dengan dress curi tumpuan ramai [video]

‘beauty is pain’, gelagat nikki palikat naik tangga dengan dress curi tumpuan ramai [video]

Dilihat sedikit sukar untuk bergerak bebas seperti biasa, mungkin dek kerana pakaian yang dipakai Nikki sedikit ketat pada beberapa bahagian, yang juga mungkin sedikit sebanyak menjejaskan persembahan beliau pada malam tersebut.

 

@nikkipalikat Ramai yang tanya 😂 Nikki share lah dekat sini. Cute kan Nikki naik tangga? Hahaha 🤪#allstarsgegarvaganza #NikkiPalikat #gv10allstars #GV10 ♬ Laughing - Gianluca Marino

 

Bagaimanapun penyanyi hebat ini telah memberikan persembahan yang cukup hebat pada minggu berkenaan, menerusi lagu nyanyian asal Ning Baizura berjudul Selagi Ada Cinta.

‘beauty is pain’, gelagat nikki palikat naik tangga dengan dress curi tumpuan ramai [video]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan warganet dilihat terhibur dengan aksi Nikki menaiki tangga tersebut.

‘beauty is pain’, gelagat nikki palikat naik tangga dengan dress curi tumpuan ramai [video]

Sumber: Tiktok