Garis Panduan Peperiksaan Baharu Dikeluarkan KPM

garis panduan peperiksaan baharu dikeluarkan kpm

Tahun hadapan peperiksaan awam yang telah ditangguhkan akan berlangsung. Demi memastikan keselamatan dan kesihatan para calon, KPM telah mengeluarkan garis panduan yang baharu.

Menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Nalaysia (LPM) Datuk Pkharuddin Ghazali, SOP yang akan diguna pakai kelak sama seperti SOP yang dijalankan pada peperiksaan ulangan SPM pada Ogos lepas. Beliau juga menyatakan bahawa SOP itu telah terbukti berkesan.

"Dalam garis panduan itu panduan pentaksiran pusat dan peperiksaan awam telah diperhalusi dengan langkah-langkah yang perlu dipatuhi.

"Kita kawal jangan ada calon yang bergejala atau positif COVID-19 masuk ke dalam dewan dan menyebabkan jangkitan kepada yang lain," katanya dalam temu bual di Agenda AWANI.

Bagi calon yang bacaan suhunya melebihi 37 darjah Celcius, mereka tetap dibenarkan untuk menduduki peperiksaan kecuali disahkan positif COVID-19. NAmun, mereka akan diasingkan daripada calon lain serta dirujuk kepada klinik kesihatan dan juga hospital

Sumber: Astro Awani