Gambar Orang Ramai Bersesak Menuju Langkawi Adalah Foto Lama

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menafikan kesahihan penularan gambar yang menunjukkan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis menuju ke Langkawi.

gambar orang ramai bersesak menuju langkawi adalah foto lama

MOTAC menjelaskan gambar yang ditularkan itu adalah gambar lama iaitu daripada berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020, dan bukannya kejadian terkini semenjak pembukaan Pulau Langkawi sejak Khamis lalu sebagai projek rintis gelembung pelancongan domestik.

 

“MOTAC menegaskan gambar yang memaparkan situasi berkenaan adalah palsu serta memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi dan boleh menganggu ketenteraman orang ramai khususnya penduduk Langkawi.

“Orang ramai disaran berhenti daripada menyebarkan berita palsu sebaliknya merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” kata kenyataan itu.

 

Foto yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai bersesak dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di terminal jeti Kuala Perlis.

 

MOTAC juga telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkenaan penyebaran berita palsu itu yang boleh memberi tanggapan negatif.

 

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu seperti ini. Pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang” jelasnya dalam satu kenyataan.

gambar orang ramai bersesak menuju langkawi adalah foto lama

Sumber: [1]