Wajah Hiasi Billboard UTHM, Gadis Cino-Kelate Ini Wajar Jadi Contoh

Mekyun adalah seorang influencer media sosial yang cukup popular dalam kalangan warganet di Malaysia.

wajah hiasi billboard uthm, gadis cino-kelate ini wajar jadi contoh

Keletahnya sebagai gadis berbangsa Cina yang sangat fasih berbicara dalam dialek negeri Kelantan sangat menarik perhatian ramai khususnya mereka yang menonton kandungan Mekyun di media sosial.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

 

Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 25, merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik.

 

Cemerlang sepanjang pengajiannya di UTHM, Mekyun merupakan graduan kelas pertama dan juga penerima Anugerah Naib Canselor di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda, selain penerima Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik pada peringkat ijazah sarjana muda.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

 

Mekyun sekali lagi mencipta nama selepas wajahnya dilihat menghiasi papan iklan gergasi UTHM pada pintu masuk universiti itu. Bukan calang-calang orang boleh dipilih wajahnya untuk menghiasi billboard universiti tau!

wajah hiasi billboard uthm, gadis cino-kelate ini wajar jadi contoh

“Still tak percaya Mekyun masuk billboard besar ni! So proud of my dear self, achievements and how far I’ve come. This goes out to my family, friends and korang semua!! Mekyun sayang sangat dekat korang tau!!,” tulis Mekyun pada ruangan kapsyen di Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mekyun (@mekyunn)

 

Meskipun dikenali ramai sebagai influencer di media sosial, Mekyun kini memilih kerjayanya sebagai Growth Executive di Teleport by AirAsia.

wajah hiasi billboard uthm, gadis cino-kelate ini wajar jadi contoh

Semoga kejayaan Mekyun ini dapat menjadi contoh yang baik buat orang muda diluar sana!

 

Sumber: Instagram Mekyun