Pasangan kekasih, Fuad Rahman dan Tom berkongsi momen ketika mereka pernah hangat bercinta sekitar tahun 2005.
Menerusi siaran langsung Tiktok baru-baru ini, Tom sempat bertanya kepada kekasihnya itu sama ada dia pernah curang kepadanya ketika mereka bercinta dahulu.
“Masa you dengan I dulu, you tak pernah curang lagi, I tak pernah tangkap. Tapi sebelum-sebelum tu I dah pernah dengar cerita la.
“Ke you ada curang dengan I juga masa kita bersama 2005?” tanya Tom.
Tanpa berselindung, Fuad secara jujur mengakui pernah menjalin hubungan dengan tiga wanita termasuk Tom dan bekas isteri pertamanya dalam satu masa.
“Itu ada la, masa I dengan janda I lagi, lepas tu I dengan perempuan yang peranakan tu, Masa tu I jenis kepala angin sikit, I degil sikit la. Masa I nak cerai tu, I dengan you,” jawab Fuad.
Dalam masa sama, Tom turut membuat pengakuan pernah curang juga ketika bercinta dengan Fuad dahulu.
“Dah lupa pasal tu, ingat dah. Dia flirt dengan orang lain, tapi masa tu aku pun ada orang juga. Dia (Fuad) tak tahu,” akui Tom.
Dalam perkembangan lain, Fuad menjelaskan dia dan Tom masih belum bernikah namun sudah mempunyai perancangan ke arah itu.
Sumber: Gempak