Ruang Komen Penuh Simbol Hati, Siapa Lelaki Sebelah Siti Saleha Ini?

Beberapa bulan lalu, pelakon jelita, Siti Saleha mengakui sudah sedia untuk ‘move on’ selepas bercerai dengan bekas suaminya pada Januari lalu.

siti saleha sedia untuk ‘move on’, tak kisah bakal suami itu orang biasa

Namun baru-baru ini, Siti Saleha dilihat telah memuatnaik foto bersama seorang jejaka menerusi akaun rasmi Instagram miliknya, @sallywho.

 

Jejaka yang dikenali sebagai Joshua Fitton ini adalah seorang pereka fesyen, namun tidak pula didedahkan status sebenar hubungan mereka.

ruang komen penuh simbol hati, siapa lelaki sebelah siti saleha ini?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan komen dengan simbol hati, memberi tanda ‘restu’ dan suka akan perhubungan itu.

 

Antara komen yang diberikan adalah daripada rakan artis, Awal Ashaari.

 

“Yeay, the cat is out of the bag (Yeay, akhirnya akhirnya tidak lagi disembunyikan),” tulis Awal.

 

Antara lain adalah komen daripada Vanidah Imran, Adeline Tsen, Ummi Nazeera, Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose, Hunny Madu dan Daiyan Trisha.

ruang komen penuh simbol hati, siapa lelaki sebelah siti saleha ini?

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status sebenar hubungan itu, namun kita doakan yang terbaik buat mereka.

 

Sumber: Instagram @sallywho