Penyanyi, Masya Masyitah, 23, terus mencuri tumpuan menerusi beberapa hantaran terbaharunya di Instagram.
Masya dilihat memuatnaik beberapa foto menggayakan pakaian jalanan dengan seluar pendek, sambil bermain skuter elektrik dan dilihat turut memeluk erat seorang lelaki.
Foto berkenaan nyata mencuri perhatian ramai khususnya warganet, hingga ada yang membuat spekulasi kononnya lelaki itu adalah teman lelakinya.
Bagaimanapun difahamkan, lelaki itu merupakan adiknya sendiri.
Tindakan Masya yang dilihat semakin berani berkongsi foto penampilan terkini, terus menerima kecaman hebat netizen, sejak pertama kali beliau tampil membuka tudung beberapa minggu yang lalu.
Baca: Netizen Pakat Serang Komen Foto Masya Masyitah Buka Tudung
Dalam pada itu, Masya turut menggesa orang ramai agar tidak melibatkan keluarga, seperti ibu dan bapanya, atas kesalahan yang dibuatnya ini.
"Semua pilihan saya sendiri, kalau nak marah, marah pada saya dan bukannya babitkan ibu bapa saya.
"Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak dan jangan salahkan mereka.
"Siapa kata ayah akan tanggung (dosa tak tutup aurat)? Saya sendiri buat, saya sendirilah tanggung," kata penyanyi ini.
Terdahulu, banyak pihak tampil memberikan nasihat, termasuklah penerbit, David Teo yang menasihatkannya agar sedar akan kesilapan ini.
Baca: “Ramai Kejar Pahala Dunia,” David Teo Tegur Masya Masyitah Buka Tudung
Sumber: Instagram