Selepas 22 Tahun, Food Court Suria KLCC Ditutup Sepenuhnya

Pandemik COVID-19 nyata memberikan kesan kepada ramai individu serta perniagaan, termasuklah tarikan popular di KLCC, iaitu RASA Food Arena.

 

Menerusi satu notis yang diletakkan pada pintu masuknya, tempat makan popular yang menjadi pilihan ramai tatkala sedang melawat ke bangunan ikonik di tengah bandar Kuala Lumpur itu.

 

RASA Food Arena di Suria KLCC mengumumkan penutupan operasinya bermula Rabu, 1 September 2021, selepas 22 tahun menjalankan perkhidmatan bermula Mei 1998.

 

"Terima kasih! Dengan penuh rasa sedih, kami mengumumkan penutupan penuh RASA Food Arena, Suria KLCC mulai 1 September 2021.

"Terima kasih atas sokongan anda selama 22 tahun yang cukup indah. Kami sangat gembira dapat melayani anda," katanya.

selepas 22 tahun, food court suria klcc ditutup sepenuhnya

Penutupan itu nyata mengejutkan ramai, khasnya pengunjung dan warga kerja yang sering menjamu selera tempat makan yang terletak pada aras 4 itu.

 

Sumber: [1], [2]