Dikecam Netizen Kerana Enggan Benar Isteri Kurus, Fizz Fairuz Ada Alasan Sendiri

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz mempunyai alasannya meskipun teruk dikecam netizen susulan kenyataannya enggan membenarkan isterinya kurus.

dikecam netizen kerana enggan benar isteri kurus, fizz fairuz ada alasan sendiri

Katanya, dia tidak kisah dengan kritikan serta komen negatif dari netizen kerana padanya kerana dia lebih kenal isterinya itu, Datin Almy Nadia.

dikecam netizen kerana enggan benar isteri kurus, fizz fairuz ada alasan sendiri

"Bila mereka kata yang agak negatif, saya ambil semua komen-komen yang diberikan. Saya boleh saja nak bagi dia kurus tetapi saya lebih kepada kasihankan dia. Ini kerana dia nak kena fikir untuk jaga anak, memasak dan sebagainya.

"Kalau dia fikir mengenai berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu. Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.

"Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat," katanya.

 

 

Terdahulu, Fizz dikecam netizen kerana membuat kenyataan akan menghamilkan isterinya jika Almy simpan hasrat untuk kurus. Malah, Fizz turut meluahkan rasa syukur krana memiliki isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

 

Sumber: HMetro