Filem Rahsia 1987 Mendapat Nafas Baru Dengan Gandingan Bakat Nabila Huda, Fikry Ibrahim dan Eman Manan

Selepas menarik perhatian penonton pada tahun 1987, kini filem genre seram berjudul Rahsia akan mendapat nafas baru dengan kerjasama Astro Shaw dan Kuman Pictures.

filem rahsia 1987 mendapat nafas baru dengan gandingan bakat nabila huda fikry ibrahim dan eman ma

Pelakon berbakat dan lejen bakal berganding dalam filem Rahsia ini. Antaranya Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak dan ramai lagi. Kerusi pengarah pula diduduki oleh Shamyl Othman, beliau merupakan anakanda kepada pengarah filem Rahsia 1987; Othman Hafsham.

filem rahsia 1987 mendapat nafas baru dengan gandingan bakat nabila huda fikry ibrahim dan eman ma

Filem ini menceritakan Ramlah, seorang suri rumah tangga yang pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Kasim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya, Hamdan serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful.

Namun, keadaan menjadi keruh apabila anaknya, Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Nabila Huda yang memegang watak Ramlah berasa terharu dan berbesar hati dapat memegang watak yang pernah dipegang oleh prima donna, Noor Kumalasari.

filem rahsia 1987 mendapat nafas baru dengan gandingan bakat nabila huda fikry ibrahim dan eman ma

Filem ini juga merupakan filem pertama bagi pelakon Fikry Ibrahim yang memegang watak Hamdan, suami kepada karakter Nabila Huda. Digabungkan pula dengan bakat pelakon lejen, Eman Manan sebagai Tan Sri Kasim.

Rahsia masih lagi dalam proses penggambaran dan akan dikeluarkan pada Oktober 2020.

filem rahsia 1987 mendapat nafas baru dengan gandingan bakat nabila huda fikry ibrahim dan eman mafilem rahsia 1987 mendapat nafas baru dengan gandingan bakat nabila huda fikry ibrahim dan eman ma