Akhirnya Filem Mat Kilau Berjaya Padam Rekod Avengers Endgame

Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan juga Brunei, filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah berjaya menewaskan rekod kutipan yang dicatatkan oleh filem Avengers: Endgame.

akhirnya filem mat kilau berjaya padam rekod avengers endgame

Setakat 33 hari tayangan, filem tersebut telah berjaya mengutip kutipan RM90 juta, berbanding filem Avengers: Endgame sebanyak RM87 juta.

.

Perkara itu dikongsikan pengarahnya, Syamsul Yusof dalams atu hantaran di Instagram.

.

“Dengan izin Allah Mat Kilau raih RM 90 juta dalam masa 33 hari menjadi filem box office Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers End Game.

“Hanya air mata syukur. Tiada kata melainkan alhamdulillah. Saya dan seluruh pasukan amat terharu dengan sokongan ramai.

“Mengejutkan lagi apabila Mat Kilau menjadi filem No 1 dalam carta Box Office mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood!

“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan ke semua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. Insya-Allah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya.

akhirnya filem mat kilau berjaya padam rekod avengers endgame

Kejayaan filem tempatan itu menunjukkan filem Melayu khasnya masih boleh mendapat sambutan hangat jika ia dihasilkan dengan kualiti dan menepati cita rasa penonton.

.

Menurut Syamsul lagi, filem yang dihasilkannya tidak menjadi sempurna jika mengikut undang-undang dan peraturan penghasilan sebuah filem. Akuinya lagi, dia sanggup melanggar peraturan demi menggembirakan penonton di Malaysia.

akhirnya filem mat kilau berjaya padam rekod avengers endgame

“Sebenarnya siapa yang buat undang-undang pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah dan amat subjektif pada semua.

“Abang tak pandai. Tapi pembikin filem kena ikut kata hati, bukan ikut buku, dan abang percaya, Allahyarham P. Ramlee juga begitu di mana dia berkarya mengikut hati seninya. Jadi, kita belajar apa yang mampu daripada beliau. Al-Fatihah,” katanya lagi.

 

 

Sumber: [1], [2]

 

ARTIKEL BERKAITAN