Tak Mustahil Filem Mat Kilau Boleh Tewaskan Avengers: End Game

Selepas mencatatkan jumlah kutipan RM80 juta dalam tempoh hanya 25 hari tayangan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dikatakan mampu untuk menjadi filem paling tinggi kutipannya di Malaysia, menewaskan filem Avengers: Endgame.

tak mustahil filem mat kilau boleh tewaskan avengers: end game

Sebelum ini, filem Avengers: Endgame mengutip RM87 juta selepas ia ditayangkan di Malaysia dan menjadi filem paling tinggi kutipannya dan paling laris di negara ini.

.

Menurut Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berkata adalah tidak mustahil untuk filem Mat Kilau ini mampu mengatasi Avengers: Endgame berdasarkan kutipan semasa.

.

"Saya difahamkan sekatat semalam saja iaitu pada hari ke-25 tayangan, filem ini mengutip RM2.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM81 juta. Berdasarkan sambutan yang diberikan sehingga hari ini, saya fikir boleh atasi Avengers: Endgame.

"Bukan apa, saya perasan ada yang tak tengok lagi selain ramai yang tengok banyak kali. Malah, tempahan panggung juga masih banyak. Setakat ni tak ada lagi dengar pihak panggung mengurangkan jumlah skrin. Secara keseluruhan lebih kurang 140 panggung termasuk di Singapura dan Brunei. Jadi, tak mustahil mungkin boleh mencecah RM100 juta," katanya.

.

Dalam perkembangan lain, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak membuat sebarang iklan di platform utama namun mampu mencipta fenomena luar biasa menerusi promosi dan pemasaran di media sosial.

Sumber: [1]