‘‘Saya Lihat Ia Fesyen, Orang Lain Nampak Lain..’’ – Aina Abdul

Baru-baru ini tular foto dan video yang menunjukkan penyanyi terkenal, Aina Abdul dalam satu busana pakaian yang cukup luar biasa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

Mana tidaknya, pakaian yang dipakai oleh penyanyi itu kelihatan cukup berbeza daripada biasa sehinggakan ada yang menyamakan ia dengan plastik sampah.

‘‘saya lihat ia fesyen, orang lain nampak lain..’’ – aina abdul

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata beliau tidak berasa sedih dengan komen yang diterima malah menyifatkan setiap individu mempunyai imaginasi mereka tersendiri terhadap apa yang dilihat.

 

Menurut beliau, busana serba hitam yang dipakainya itu juga adalah melambangkan gaya ros hitam.

‘‘saya lihat ia fesyen, orang lain nampak lain..’’ – aina abdul

"Bagi saya, apa saja komen diberikan itu adalah imaginasi mereka. Apa saja fesyen saya kenakan, dulu, sekarang dan akan datang semua itu boleh dilihat dari banyak sudut. Saya melihat ia sebagai fesyen, tapi orang lain nampak lain. Saya faham, penampilan tu kalau orang sekali imbas akan tergelak.

‘‘saya lihat ia fesyen, orang lain nampak lain..’’ – aina abdul

"Bukan masanya dah saya sedih dengan komen-komen. Kalau dulu ya, saya akan sedih. Tipu kalau saya pakai macam tu tak harapkan orang bercerita. Penampilan dan busana tu saya memang nak orang bercakap. Saya pun gigih pakai macam tu.

"Cuak juga nak masuk pusat beli-belah. Kalau acara karpet merah lain. Ini acara pertunjukan fesyen. Sampai ada orang terkejut tengok saya masa berjalan masuk tu katanya kepada portal tempatan,” katanya.

 

Penyanyi itu sering mencuri perhatian ramai apabila pernah tampil dengan pelbagai fesyen unik pada beberapa majlis yang dihadirinya sebelum ini.

 

Sumber: HMetro