Faizal Ismail Sertai ZAYAN Bersama Mawi & Anas, Rakan Artis Beri Sokongan

Personaliti radio tempatan, Faizal Ismail mengumumkan dirinya bakal turut serta barisan penyampai radio ZAYAN, iaitu Mawi dan Anas menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi ZAYAN, Faizal diumumkan sebagai penyampai rasmi jenama radio terbabit.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

 

Rata-ratanya, ramai rakan artis menyatakan keterujaan mereka untuk melihat Faizal Ismail beraksi bersama rakan-rakan seangkatan ZAYAN yang lain.

“MasyaAllah legend! All the best abang!,” komen Elizad yang juga penyampai radio SINAR.

“Legend!,” tulis Radin, penyampai radio ERA.

Dalam pada itu, Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry berkata, “Kami mengalu-alukan kedatangan Faizal Ismail ke dalam keluarga ZAYAN, untuk berganding bersama Mawi dan Anas di ZAYAN Pagi. Dengan pengalaman yang dibawa oleh Faizal, peminat- peminat ZAYAN boleh terus menikmati segmen-segmen menarik termasuk ‘Sahabat ZAYAN Pagi’, di mana peminat diberi peluang untuk bertanya sebarang persoalan dan meluahkan perkara yang terbuku di hati untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. 

“Kami juga berterima kasih kepada semua peminat ZAYAN atas sokongan mereka dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan terkini yang dekat di hati mereka.”

Segmen yang bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi itu juga boleh didengarkan menerusi aplikasi SYOK.

 

Info menarik mengenai ‘ZAYAN Pagi’:

• Faizal Ismail, juga dikenali dengan panggilan FBI (Faizal bin Ismail), personaliti radio dan pengacara TV yang berbakat besar, akan bersama Mawi dan Anas dengan perkongsian topik- topik menarik serta memberi pandangan dan ulasan tentang perkara-perkara yang menjadi tanda tanya dan sering dibangkitkan oleh peminat.

• Para peminat ZAYAN dapat menikmati Sahabat ZAYAN Pagi, segmen baru di ‘ZAYAN Pagi’, memberi peluang kepada semua untuk berkongsi cerita, pengalaman dan mendapat pandangan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. Perbincangan ini akan dilakukan secara santai dan topik-topik perbincangan harian juga boleh dikongsikan oleh semua pendengar menerusi panggilan telefon di udara dan di platform media sosial ZAYAN.

• Selain itu, peminat ZAYAN juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian menarik di ‘ZAYAN Pagi’ seperti Motivasi Pagi; perkongsian kata-kata motivasi; Tazkirah Pagi, ceramah ringkas berkaitan Islam; Hadith of the Day, pilihan hadis harian, Mahir Bahasa Arab, pembelajaran perkataan Bahasa Arab; Kelas Tajwid, kelas mempelajari ilmu tajwid; Topik Pagi ZAYAN, sesi perkongsian topik menarik bersama peminat; Aura ZAYAN, perkongsian kata-kata berinspirasi daripada tetamu jemputan yang dikongsikan bersama peminat ZAYAN.

• Untuk maklumat lanjut tentang personaliti-personaliti ZAYAN dan kempen-kempen, ikuti ZAYAN platform media sosial.