“Masih Sayang? No Komen” - Fazura

Pelakon Fazura hanya mengharapkan yang terbaik dan menyerahkan segala keputusan kepada ketentuan takdir.

Dalam pada itu Fazura tidak mahu mengulas lanjut saman ada akan wujud jalan perdamaian antara mereka.

“Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik dan serahkan kepada Allah,” katanya.

Apabila ditanya mengenai masih menyayangi suaminya, Fazura memilih untuk tidak membicarakan soal hati.

“Saya tak boleh nak komen. Saya minta maaf,” ujarnya. 

“Kalau tanya perasaan saya ketika ini, saya tenang sahaja, Alhamdulillah.

“Apa berlaku ini bukanlah perkara yang dijangka. Ini semua ketentuan Allah. Saya terima seadanya,” tambahnya.

Sumber: Kosmo