Fattah Amin, Fazura Kedua Sudah Mempunyai Peguam Syarie

Hari ini, pelakon Fazura diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala suaminya pelakon Fattah Amin diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong.

Menurut laporan, prosiding hari ini berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

fattah amin, fazura kedua sudah mempunyai peguam syarie

Hari ini Fazura telah tiba di mahkamah kira-kira jam 9.28 pagi dengan ditemani pengurus peribadinya sementara Fattah pula tiba pada 9.10 pagi dan terus naik ke mahkamah. 

Sebelum ini, Fazura memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumber: Kosmo