Berjaya Duet Bersama Lany, Ernie Zakri Umum Akan Adakan Konsert Tahun Depan

Penyanyi Ernie Zakri mengejutkan penonton di Axiata Arena Bukit Jalil selepas membuat persembahan bersama  kumpulan pop rock Amerika Syarikat, Lany. 

Ernie dilihat berpadu suara dengan vokalis popular tersebut, Peter Klein mendendangkan lagu Out of My League .

“Anda memang hebat,” luah Klein. 

Dalam pada itu, semalam Ernie telah mengumumkan bakal mengadakan konsert sulungnya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 25 Januari tahun depan.

“Saya ibu, saya isteri, saya Ernie Zakri. Mungkin ini adalah doa – doa peminat yang mahukan saya untuk megadakan konsert pertama saya.

“Selepas sekian lama menunggu, saya ingin mempersembahkan konsert pertama saya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert khas untuk semua yang tersayang,” katanya.

Sumber: Kosmo