Sal Priadi Live Di Kuala Lumpur Oktober Ini

Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral ‘Dari Planet Lain’, Sal Priadi, penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Malang, Indonesia ini bakal mengadakan konsert perdananya di 5 kota di Indonesia dan terakhir di Kuala Lumpur, pada tarikh 13 Oktober 2024, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran oleh syarikat pengelola konsert terkemuka, Kharisma Music.

“Konsert yang digelar ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ ini merupakan usaha kami dalam membawakan hiburan secara ‘live’ istimewa buat peminat muzik di Malaysia,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.

Konsert ini merupakan peluang unik bagi peminat di Malaysia untuk menyaksikan persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia. 

Dikenali dengan lirik puitis dan melodi yang memikat, Sal Priadi dijangka akan membawa penonton melalui perjalanan emosional yang mengujakan.

sal priadi live di kuala lumpur oktober ini

“Ini merupakan kali pertama saya membuat persembahan secara besar-besaran di Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’, salah satu lagu yang diambil dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’. 

“Lagu ini tentang membuat bunyi-bunyian sendiri yang menghidupkan semangat kreativiti, bahawa semua orang berhak mencipta sesuatu yang diingininya jika dia betul-betul yakin,” kata penyanyi lagu ‘Gala Bunga Matahari’ ini.

Kesemua kota di Indonesia yang bakal dilawati Sal Priadi ketika ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’ mempunyai maksud yang tersendiri, dan Kuala Lumpur juga punyai makna buat dirinya, katanya, “Saya sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan merasakan pengalaman ‘showcase’ album ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ harus dibawa dan dikongsikan bersama peminat di Kuala Lumpur.

“Kalau dahulu saya hanya membuat persembahan selama 1 jam, kini penonton berpeluang menyaksikan saya beraksi selama 2 jam lebih dengan hampir 20 buah lagu kesemuanya yang diambil dari album pertama dan kedua saya, dan yang pasti, persembahan kali akan berbeza dengan konsert yang sebelumnya.

Bakal penonton konsert juga berpeluang menyaksikan paparan audio visual yang kreatif, dengan konsep artistik yang dirancang khas untuk mencerminkan ‘mood’ dari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.

Kata En. Ahmad Jeffny, “Kami teruja untuk mempersembahkan Sal Priadi di Kuala Lumpur, konsert ini merupakan platform menghubungkan Sal dengan peminatnya secara lebih intim. Kami yakin ia akan menjadi malam yang penuh dengan keajaiban dan kenangan indah.

Peminat-peminat Sal Priadi dinasihatkan untuk mendapatkan tiket-tiket istimewa ke konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan kadar yang segera kerana tempat-tempat adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web ticket2u.com.my/sal-priadi, dan harga-harga tiket adalah seperti berikut:

Dari Planet Lain     [VIP Standing]        - RM258

Gala Bunga Matahari    [Standing]        - RM158

Amin Paling Serius    [VIP Seated]        - RM258

Foto Kita Blur        [Normal Seated]    - RM188

VVIP Box                    - RM4,000