Sering Ditanya Soal Tambah Anak, Fazura Hanya Mampu Minta Doa

Pelakon Fazura yang kerap menerima soalan mengenai tambah zuriat, memohon agar orang ramai untuk mendoakan perkara itu. 

Menurutnya, dia tidak mampu menjawab persoalan tersebut namun hanya menadah tangan kepada tuhan. 

“‘Fazura, bila nak tambah anak?’ Nanti saya tanya Allah. Suami saya ada di Kelantan, macam mana hendak buat anak baru?

“Adakah saya perlu tumbuk bawang putih dan bawang merah, dicampur dengan bunga cengkih kemudian boleh mengandung selepas itu?

“Ramai tanya soalan itu, macam mana saya nak jawab? Pastinya perlu berdoa sebab saya pun nak tambah anak,” katanya. 

Dalam pada itu, dia dan suami juga ada memasang niat untuk memberikan seorang adik kepada anak sulung mereka yang kini juga sudah berusia empat tahun. 

Sumber: Kosmo