"Tak Ada Kaitan Dengan Saya" - Fazura Malas Ambil 'Port' Tentang Nama Diana

Pelakon dan usahawan, Fazura mengambil pendekatan untuk menutup mulut berkenaan isu ‘komen Diana’ yang tidak semena-mena menyebabkan namanya terkait sekali. Insiden tersebut timbul ketika Neelofa mengadakan sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

tak ada kaitan dengan saya - fazura malas ambil 'port' tentang nama diana

Menurut Fazura, dia tidak perlu menjawab soalan berkenaan isu tersebut kerana ia tiada kaitan dengan dirinya.

“Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu. Saya ada mendengar mengenai isu itu. Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

“Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya kepada satu portal akhbar tempatan.

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan Neelofa yang menzahirkan rasa kurang senang terhadap seorang netizen ketika bersiaran langsung di TikTok.

Pengguna yang dikenali sebagai Diana itu tidak henti-henti meninggalkan komen mengenai bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai seperti Neelofa.

 

Sumber: HMetro