Ramai memuji cantik ketika tidak berhijab, pelakon Nur Fazura tetap dengan pendirian untuk tidak akan kembali kepada imejnya yang terdahulu.
Walaupun menerima permintaan sebegitu, Fazura menolak dengan tenang serta meminta peminat untuk terus mendoakan dirinya terus istiqamah bertudung dan menutup aurat.
“Disebabkan penampilan dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta untuk buka tudung semula.
“Tidak mungkin akan terjadi. Mudah-mudahan doakan semoga dijauhkan daripada itu. Masa itu sudah berlalu,” katanya.
Sumber: Kosmo