Sejak Jadi Bapa, Fattah Amin Akui Jarang Keluar Lepak Dengan Kawan

Pelakon, Fattah Amin mengakui sejak bergelar suami dan bapa, beliau kini sudah semakin jarang untuk keluar melepak bersama rakan-rakan.

sejak jadi bapa, fattah amin akui jarang keluar lepak dengan kawan

Menurut Fattah, beliau berharap rakan-rakannya dapat memahami statusnya kini dan tidak terasa hati biarpun jarang dapat meluangkan masa bersama mereka seperti zaman bujang dahulu.

 

"Memang tidak dinafikan sejak ada Fatima, saya memang jarang keluar dengan kawan-kawan lelaki kecuali bila betul-betul perlu. Maksudnya kalau ada mesyuarat ke, barulah saya keluar.

 

"Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Tapi, memang ada juga rakan-rakan yang menghantar mesej bertanya, namun saya balas saja pertanyaan mereka.

"Apa yang penting, kepada kawan-kawan saya mohon jangan terasa biarpun lama tidak berhubung. InsyaAllah nanti adalah rezeki, mungkin raya boleh datang ke rumah," katanya.

 

Ujar Fattah lagi, jika ada kelapangan masa, beliau hanya akan bermain permainan video game, namun ia bergantung juga kepada beberapa perkara.

sejak jadi bapa, fattah amin akui jarang keluar lepak dengan kawan

"Saya juga suka bermain 'game', jadi apabila hendak ada masa untuk diri sendiri itulah yang sering dilakukan. Apapun, bergantung kepada keadaan jika anak ke rumah sepupu atau sibuk dengan aktivitinya, barulah saya bermain 'game'.

"Cuma tidak boleh hendak 'me time' sangat kerana sudah berkeluarga kan? 'Me time' saya adalah bila saya dapat main 'game'," katanya.

 

Untuk info, Fattah Amin telah selamat bergelar suami kepada aktres, Nur Fazura pada 27 November 2017 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

 

Sumber: HMetro