Pelakon sensasi, Fatiya Latiff menafikan dirinya menghidap penyakit mental, seperti yang didakwa ramai pihak.
Menerusi satu video di Tiktok, Fatiya, 36, berkata jika dia menghidap penyakit mental, pastinya dia akan ditempatkan di wad psikiatri seperti di Hospital Tanjung Rambutan.
“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.
“Saya tidak sakit. Kalau saya sendu, saya tidak akan jadi viral.
“Lihatlah jumlah penonton video saya. Kenapalah anda semua buat begini kepada kaum sejenis.
“Betullah bapa saya cakap, orang Melayu memang suka dengki,” ujarnya menerusi video Tiktok.
Terdahulu, nama Fatiya Latiff menjadi perhatian ramai gara-gara tindakannya mencetuskan provokasi dengan menggelar aktres jelita, Zahirah Macwilson sebagai bibik. Malah, Fatiya turut memuatnaik kembali foto lama dirinya bersama bekas kekasih yang juga kini suami Zahirah Macwilson, iaitu Aiman Hakim Ridza.
Tindakan Fatiya itu bukan sahaja mengundang amarah warganet, malah turut menarik perhatian bekas kawan baiknya sendiri, Zarina Anjoulie.
Sumber: Tiktok