Pelakon, Fatin Afeefa mengakui faktor utama mengapa beliau memilih Aliff Awang sebagai suami adalah kerana ketampanan beliau, dan bukannya disebabkan statusnya sebagai jutawan.
Menurut pendedahan yang dimuatnaik di Tiktok, Fatin Afeefa akui memilih untuk berkahwin dengan Aliff disebabkan dia tampan dan comel, dan status kaya itu sebagai perkara nombor dua.
“Sayang, saya nak awak tahu satu benda. Awak bukan lelaki kaya pertama yang cuba mendekati saya. Tetapi, awak adalah antara lelaki yang paling tampan.
“Jadi, saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel. Saya pejam mata pun boleh rasa ketampanan awak. Kaya itu, nombor dua!” katanya.
Fatin membuat pengakuan itu selepas diminta Aliff untuk berkongsi sebab mengapa dia menjadi pilihan pelakon tersebut sebagai teman hidup.
Sebelum ini ada netizen pernah berkata Fatin Afeefa berkahwin dengan Aliff disebabkan lelaki itu kaya serta berstatus jutawan. Namun disebalik kecaman itu, Fatin dan Aliff bersyukur selepas selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pada 30 Disember lalu.
Sumber: Utusan