Tidak dapat menahan kesedihan, pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini telah menghantar anak sulungnya melanjutkan pengajian di sebuah sekolah tahfiz.
Momen tersebut dapat dilihat menerusi sebuah video yang menunjukkan anak lelaki Fatin sedang melafazkan janji penuh kesungguhan di hadapan ibu bapanya untuk menghafal al-Quran dalam tempoh setahun.
“Semoga saya dikuatkan semangat. Terima kasih, mummy dan bapak, saya mohon doa untuk kejayaan saya,” ucapnya.
Dalam pada itu, Fatin dan suaminya dilihat sedaya upaya menahan sebak namun gagal apabila air mata deras mengalir.
Akademi Al-Quran Akmal turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas pilihan mereka yang ikhlas membawa anak ke jalan Allah.
Sumber: Kosmo