Fatin Afeefa Beli Kereta Mewah Hasil Usaha Sendiri, ‘‘Jangan Harap ‘Daddy Kasi’..’’

Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur selepas mampu memiliki sebuah kereta berjenama mewah, yang dibelinya hasil titik peluh menjalankan perniagaan.

fatin afeefa beli kereta mewah hasil usaha sendiri, ‘‘jangan harap ‘daddy kasi’..’’

Fatin, 28, berjaya mendapatkan kereta mewah idamannya itu iaitu Mercedes AMG GLE43 Coupe dalam masa enam bulan selepas fokus menjalankan perniagaan.

 

“Selama enam bulan saya bekerja keras sebagai seorang usahawan dan inilah hasilnya. Segala penat lelah, darah dan air mata, akhirnya!” kongsi Fatin menerusi Instagramnya.

fatin afeefa beli kereta mewah hasil usaha sendiri, ‘‘jangan harap ‘daddy kasi’..’’

Ujar Fatin lagi, beliau juga berasa pelik dan tidak percaya dengan pencapaiannya itu selepas mengambil keputusan memperlahankan aktiviti seni lakonan serta nyanyian.

 

“Pelikkan? Saya mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi untuk memberi fokus pada perniagaan. Saya langsung tidak menyesal. Saya sedar mengejar cita-cita adalah cara terbaik untuk diri sendiri.

 

“Saya fokus terhadap perniagaan selama enam bulan. Agen pun dalam kalangan kawan-kawan terdekat sahaja. Promosi hanya ala kadar. Sayalah bos, sayalah kuli. Tapi maklumbalas yang saya terima, MasyaAllah! Terima kasih semua,” katanya.

 

Beliau turut menasihatkan wanita diluar sana untuk memiliki cita-cita dan memperoleh kerjaya sendiri tanpa mengharapkan sesiapa.

 

“Untuk para wanita lain, kamu perlu ada cita-cita sendiri dan kerjaya. Binalah impian kamu. Jangan harap ‘daddy kasi’ sahaja. Nanti ada orang buat konten,” ujar Fatin.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

 

Sumber: Instagram Fatin Afeefa