Fathia Latiff Luah Rasa Sedih Dengan Layanan Semua Orang Padanya

Pelakon, Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana merasakan dirinya tidak diberikan keadilan sepatutnya daripada orang sekeliling.

fathia latiff luah rasa sedih dengan layanan semua orang padanya

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fathia binti Abdul Latiff berkata, beliau telah melalui insiden kenderaannya dilanggar individu tidak dikenali di perkarangan sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini.

 

Jelasnya, meskipun dia yang dilanggar namun bapanya meminta agar dia tidak membuat laporan polis sebaliknya wanita yang melanggarnya itu perlu melakukannya.

 

“Saya tak faham kenapa pada zaman ini zalim sangat kepada manusia. Baru-baru ini ketika di kawasan parkir di pusat beli-belah di Shah Alam, ada kereta tiba- tiba mengundur dan langgar kenderaan saya.

“Dia turun kemudian saya maklumkan kepada ayah tetapi ayah minta wanita berkenaan hubungi polis.

“Saya sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan, kalau tidak akan dikeluarkan waran.

“Paling sedih, mengapa ayah tidak minta saya buat laporan polis sebaliknya wanita tersebut yang lakukannya,” katanya menerusi perkongsian di InstaStory.

fathia latiff luah rasa sedih dengan layanan semua orang padanya

Jelas pelakon berusia 35 tahun itu lagi, beliau merasakan dirinya tidak diberikan keadilan oleh orang sekeliling, malah mendakwa ahli keluarga membenci dan kerap tidak memberi perhatian kepadanya.

 

“Sedih sebab rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan pada saya.

“Setiap kali nak luahkan perasaan, pasti akan ada pihak yang menghalang untuk saya bercakap perkara benar.

“Selain itu, setiap kali saya hendak bercerita, ahli keluarga juga lari daripada saya. Tak faham mengapa mereka benci sangat pada saya. Saya takut,” katanya lagi.

 

Malah, Fathia juga pernah dilihat seperti dihalang ahli keluarganya apabila mahu muncul membuat siaran langsung.

 

Sumber: Kosmo! Online