Pelakon, Aidil Aziz berkata isterinya, Fasha Sandha adalah wanita yang sentiasa seksi pada pandangan matanya sama ada kurus mahupun berisi.
Menurut Aidil, 36, beliau sukar menjawab dakwaan mengaitkan isterinya yang kini kelihatan sangat seksi sejak sudah mula kurus.
"Dia (Fasha) tak kurus pun, dia tetap seksi pada pandangan mata saya. Jadi, saya tak tahu nak komen macam mana bila orang nak pandang dia itu ke, ini ke.
"Sebab pada saya, isteri saya sentiasa seksi," katanya.
Tambah Aidil, beliau mengakui sering belajar daripada isterinya untuk memantapkan lakonan, tambah pula isterinya itu adalah seorang pelakon wanita terbaik serta berbakat besar.
"Dia adalah seorang pelakon senior daripada saya dan dia sangat jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan komitmen
"Saya sebagai suami dan pelakon juga, saya sendiri banyak belajar dengan dia dan dia juga banyak memberi pandangan positif terhadap dunia lakonan.
"Apapun, saya sebenarnya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting macam mana pun, dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia sebab kami nakkan kebahagiaan. Jadi, janganlah fikir apa orang nak cakap," katanya lagi.
Untuk info, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, selain Fasha juga pernah mempunyai dua anak daripada hasil perkahwinan pertamanya sebelum itu.
Sumber: HMetro