Fasha Sandha Terbuka Jika Babak Romantis Dalam Drama Jadi Viral dan Dikecam

Pelakon, Fasha Sandha akui bersikap terbuka jika babak dan adegan romantis lakonannya dalam drama bersiri, Rampas Cintaku 2 menjadi tular hingga mengundang kecaman ramai pihak.

fasha sandha terbuka jika babak romantis dalam drama jadi viral dan dikecam

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 40, beliau yakin dengan sikap rasional penonton dan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan mereka untuk menilainya.

 

"Bagi saya, sekarang semuanya kuasa viral dan jika babak itu menjadi kegemaran, kita tidak boleh nak halang sebab mungkin lebih membuatkan mereka tertarik.

"Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas mengikut skrip ditetapkan. Lagipun, saya percaya cerita ini ada banyak moral dan pengajaran yang boleh diambil.

"Saya serahkan pada penonton sama ada nak pilih positif atau negatif. Tapi, kalau mereka tak boleh terima, terserah kepada masing-masing.

"Ini kerana mereka mempunyai hak untuk menilai mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini," katanya.

fasha sandha terbuka jika babak romantis dalam drama jadi viral dan dikecam

Katanya lagi, beliau juga tidak kisah andai babak lakonannya itu sengaja ditularkan selagi ia boleh membantu meningkatkan jumlah tontonan.

 

"Jika babak tular menjadi sebahagian promosi drama, sekali gus membuatkan impian meraih jumlah tontonan sebanyak 400 juta seperti yang diharapkan tercapai, itu terpulang pada mereka.

"Paling penting, saya nak drama ini hit dan menjadi fenomena sekali lagi," ujar beliau.

 

@syoksyoksyok Drama yang berjaya meraih lebih 100 juta tontonan digital, Rampas Cintaku kini kembali dengan musim ke 2 😱🤩 #SYOK #syokcover #rampascintaku2 #drama #iqiyi #fyp #fypシ @iQIYI Malaysia ♬ Fashion Show - NaderGator

 

Sumber: BH