Pelakon, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memakai pakaian yang berharga murah, asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.
Kenyataan itu dibuat Fasha sebagai respon balas terhadap komen netizen yang mengatakan baju yang dipakai Fasha itu cuma berharga RM15.
Ujarnya, baju yang berharga mahal tidak akan kelihatan ekslusif jika si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” kata Fasha.
Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan malah turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dengan apa jua jenis pakaian sekali pun.
Sumber: Astro Awani/Media Hiburan