Fasha Sandha Akui Enjoy Kongsi Video Zumba Menari, “Itu Hak Saya, Saya Seronok..”

Pelakon, Fasha Sandha menafikan dakwaan kononnya beliau cuba mencipta kontroversi di media sosial, semata-mata mahu kekal relevan dalam industri hiburan.

fasha sandha akui enjoy kongsi video zumba menari, “itu hak saya, saya seronok..”

Menurut pelakon jelita itu, segala kandungan yang dikongsikan di media sosial termasuk video menari zumba bersama suami adalah untuk berkongsi momen kegembiraan dan menganggap itu bukan suatu yang keterlaluan.

 

"Ada yang tanya kenapa 'posting' macam itu. Ini hak saya sebab saya seronok dan 'enjoy that moment' dengan anak-anak, dengan suami. Kalau orang tak suka tengok itu bukan masalah saya. Saya sentiasa buat apa yang saya rasa tidak keterlaluan.

"Tapi kalau orang rasa apa yang saya buat itu keterlaluan, saya tak boleh buat apa-apa, itu terpulang kepada individu," katanya.

fasha sandha akui enjoy kongsi video zumba menari, “itu hak saya, saya seronok..”

Tambah Fasha lagi, beliau akui tidak perlu mencipta kontroversi untuk kekal relevan dan apa yang lebih penting adalah menjadi dirinya sendiri walau sedar ramai tidak menyukainya.

 

"Saya tahu dan sedar ada ramai orang yang lebih warak memberikan komen walaupun tidak menyebut nama tapi saya tahu itu orang meletakan pada saya. Saya tak kisah kalau orang nak 'judge' asalkan apa yang saya rasa nak buat, saya buat.

"Saya tak gemar ramai penunggang agama berkata-kata manis pandai memberi nasihat dan motivasi tapi pada masa sama dia juga ada sisi gelap yang tidak betul. Biarkan kita begini walaupun bukan macam orang yang warak dan banyak kekhilafannya tetapi sisi kebaikannya hanya ALLAH yang tahu.

"Kalau penunggang agama nak cakap lebih-lebih pun terpulang pada dia, saya tidak pernah komen pasal penunggang agama, penunggang agama pun tak perku komen lebih-lebih pasal orang lain sebab dia pun belum tentu sempurna," ujarnya.

 

Terdahulu, video tarian zumba yang dikongsi Fasha itu telah mencuri tumpuan warganet selain turut mencetuskan rasa kurang senang netizen.

 

@nurfashasandha I love you @Aidil Aziz ♬ Jedag Jedug Full Bass - Donny Fernanda

 

Sumber: Sinar Harian