“Rasanya Tahun Ni Saya Belum Gaduh Dengan Suami Lagi,” – Fasha Sandha

Mengakui bahawa pergaduhan dengan pasangan dalam rumah tangga itu adalah satu perkara normal dalam mengekalkan keharmonian, pelakon, Fasha Sandha berkata beliau dan suami masih belum berbalah lagi tahun ini.

“rasanya tahun ni saya belum gaduh dengan suami lagi,” – fasha sandha

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 40, perkahwinannya bersama suami, Aidil Aziz, 37, juga ada pasang surut, namun bersyukur kerana suaminya itu jenis yang senang dibawa berbincang.

 

“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.

“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya.

 

Ujarnya, meskipun hubungan rumah tangganya masih belum sempurna, beliau sering mendoakan agar mereka kekal selamanya.

“rasanya tahun ni saya belum gaduh dengan suami lagi,” – fasha sandha

“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” kata beliau.

 

Sumber: Kosmo! Online