Farisha Iris Bengang Ada Pihak Sunting Gambarnya Jadi Imej Tak Senonoh

Penyanyi, Farisha Iris, 24, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyunting fotonya di Instagram menjadi imej tidak senonoh.

farisha iris bengang ada pihak sunting gambarnya jadi imej tak senonoh

Menurut pemilik nama sebenar Farisha Asmadi, pelaku itu turut menggunakan foto memaparkan dirinya bagi tujuan melariskan perniagaan mereka.

 

“Ini bukan kali pertama, malah gambar saya juga pernah disunting menjadi imej yang tidak senonoh. Sebelum ini, kalau ditegur, mereka akan padam gambar-gambar itu.

“Namun kali ini mereka degil, bukan sahaja enggan padam (gambar yang dicuri), malah ‘block’ saya di IG,” katanya.

 

Tambah Farisha lagi, tindakan itu adalah sangat melampau dan tidak bermoral.

farisha iris bengang ada pihak sunting gambarnya jadi imej tak senonoh

“Sekarang sudah tahun 2023, didiklah diri sendiri untuk ada common sense. Gambar orang lain tidak seharusnya digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Saya enggan isu ini diperbesar. Namun jika sudah melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan (saman).

“Sudah-sudahlah guna gambar orang,” tegasnya.

 

Terdahulu, Farisha mendedahkan tindakan seorang pengusaha tudung yang menggunakan gambarnya di Instagram tanpa izin.

 

Farisha bagaimanapun meminta pengikutnya untuk beramai-ramai melaporkan kegiatan pengusaha tudung terbabit kepada pihak pengurusan media sosial berkenaan.

 

Sumber: Utusan Online

Kredit foto Instagram Farisha Iris