Farah Ann Antara Kumpulan Pertama Atlet Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi telah berkongsi detik menerima suntikan vaksin COVID-19 pertamanya, semalam.

farah ann antara kumpulan pertama atlet terima suntikan vaksin covid-19

Beliau merupakan kelompok pertama dalam kalangan warga sukan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Selasa, dengan membabitkan 264 orang terdiri daripada atlet, jurulatih, dan pegawai sukan yang kini berada dalam Program Podium.

 

Daripada jumlah itu, 35 daripadanya merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

farah ann antara kumpulan pertama atlet terima suntikan vaksin covid-19

Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan secara keseluruhannya 4,000 atlet dan pegawai akan menerima suntikan vaksin dalam kumpulan ini sebelum atlet lain juga diberikan suntikan ini dalam usaha melindungi mereka daripada wabak COVID-19.

 

Farah Ann dalam hantaran di Instagramnya meluahkan rasa berterima kasih kepada barisan hadapan yang sangat membantunya ketika proses suntikan itu dilakukan.

farah ann antara kumpulan pertama atlet terima suntikan vaksin covid-19

“Baru menjalani suntikan vaksinasi pertama. Sangat berterima kasih. Ia adalah proses yang mudah, semuanya dijelaskan dan semua barisan hadapan, doktor, jururawat dan kakitangan sokongan sangat membantu.”

 

 

Sumber: Astro Awani / Instagram

 

ARTIKEL BERKAITAN