Ezzanie Jasny Akui Tak Simpan Nombor Telefon Hero-Hero Gandingannya

Pelakon yang semakin dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, Ezzanie Jasny berkata, beliau tidak pernah menyimpan apatah lagi bermesej dengan hero gandingannya.

ezzanie jasny akui tak simpan nombor telefon hero gandingan

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, pendekatan itu dibuat adalah bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan skandal atau cinta lokasi.

 

“Paling saya takut dikaitkan dengan cinta lokasi terutama membabitkan suami orang yang membuatkan saya sentiasa menjaga batas sepanjang bekerja.

“Memang tiada bermesej-mesej atas alasan ingin mendapatkan keserasian kerana semua latihan atau berkaitan kerja boleh dilakukan di lokasi penggambaran.

“Saya pun tak ada nak simpan nombor hero-hero saya memandangkan masing-masing boleh berurusan terus dengan syarikat produksi atau pengurus,” katanya.

ezzanie jasny akui tak simpan nombor telefon hero gandingan

Tambah lagi, beliau akui takut dengan gelaran penyondol dan minta dijauhkan daripada perkara sebegini.

 

“Siapa nak jadi penyondol? Kalau boleh minta jauh perkara ini seban saya pun bukan individu yang sanggup menghancurkan ‘masjid’ atau suka mendekati suami orang.

“Macam dalam Layang Layang Perkahwinan, hero saya suami orang, tapi Shukri pun sama-sama faham serta kami saling menghormati antara satu sama lain,” ujar beliau.

ezzanie jasny akui tak simpan nombor telefon hero gandingan

Dalam perkembangan lain, anak bongsu dari empat beradik itu dikatakan menjalin hubungan cinta bersama Noki K-Clique, namun beliau menegaskan mereka hanya kawan biasa.

 

Sumber: HIB Glam