Ezzanie Jasny Luah Rasa Syukur Mampu Miliki Kereta Idaman Pada Usia Muda

Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny atau lebih dikenali sebagai Ezzanie Jasny, merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, yang kini hangat ditayangkan menerusi saluran Astro Ria.

ezzanie jasny luah rasa syukur mampu miliki kereta idaman pada usia muda

Membawa watak sebagai Saida Amanda, iaitu isteri pertama kepada Azim (lakonan Shukri Yahya), ramai dilihat memuji lakonan Ezzanie yang berjaya membawakan watak berkenaan dengan cukup baik.

ezzanie jasny luah rasa syukur mampu miliki kereta idaman pada usia muda

Beliau yang juga model dan usahawan berusia 30 tahun dilihat berkongsi berita gembira apabila berjaya memiliki kereta idamannya berjenama Mercedes-Benz.

 

“Alhamdulillah!! Finally got my dream car. New achievement unlocked for this year!,” tulis beliau.

ezzanie jasny luah rasa syukur mampu miliki kereta idaman pada usia muda

Dalam masa sama, beliau yang turut mempunyai kereta berjenama Proton X50 sebagai kenderaannya berkata perlu bekerja lebih keras untuk membayar hutang kedua kenderaannya itu.

 

“My X50 tetap my no1 baby. Kena kerja keras lagi ni nak bayar 2 kereta. Syukur Ya Allah!,” tambahnya pada kapsyen di Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ♡ (@ezzaniejasny)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tumpang bergembira dan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana mampu memiliki kereta berjenama mewah itu pada usia muda.

 

Sumber: Instagram