Eyka Farhana Tak Tolak Andai Bersuamikan Akhyar Rashid, “Ada Jodoh, Adalah..”

Pelakon, Eyka Farhana tidak menolak andai suatu hari nanti beliau menjadi isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rahid.

eyka farhana tak tolak andai bersuamikan akhyar rashid, “ada jodoh, adalah..”

Menurut Eyka, beliau enggan terlalu bercerita lanjut mengenai hubungannya bersama bintang bola sepak itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seni.

 

“Kalau orang tanya memang saya akan jawab, tunggu sampai seru. Sekarang ini saya hanya berkawan seperti biasa sahaja, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa.

“Sebab fokus saya ketika ini adalah kerjaya seni saya, seandainya saya sudah dapat semua apa yang saya inginkan, insyaAllah boleh fokus ke arah hubungan pula.

“Sekarang ni apa sahaja peluang dari segi lakonan yang ada dan terbaik untuk saya, saya akan ambil. Banyak lagi yang saya nak capai dalam hidup.

“Kalau jodoh saya ditakdirkan dengan dia, tolak macam mana pun dia tetap jodoh saya. Yang penting, saya gembira dengan apa saya buat ketika ini.

“Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, Alhamdulillah, dia sokong apa saya buat, begitu juga dengan saya,” kata Eyka.

eyka farhana tak tolak andai bersuamikan akhyar rashid, “ada jodoh, adalah..”

Malah Eyka turut berkata beliau enggan mencampur adukkan urusan kerjaya dengan hal peribadinya kerana enggan menjejaskan hubungan antara kedua belah pihak.

 

“Saya kalau boleh tak mahu campur adukkan urusan kerja dengan kisah cinta. Saya tak mahu bila bercakap tentang kisah cinta saya ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak saya dan dia.

“Apa yang saya ingin beritahu sini, kami berdua masih berkawan baik seperti biasa, saling sokong antara satu sama lain. Nak kata hubungan tu simpan secara peribadi pun tak juga.

“Ada kalanya kami post video Tiktok bersama, banyak juga posting berdua,” kata Eyka lagi.

 

@misseyka.f

1580 days 💗

♬ La Lecon Particuliere - Bof La Lecon Particuliere - Francis Lai & Christian Gaubert

 

Sumber: Astro Gempak