Esok Penentu Status Perkahwinan Fazura, Fattah

Bercerai atau tidak, esok adalah penentu bagi status pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin. 

Prosiding tuntutan cerai Fazura kepada suaminya Fattah yang kini memasuki episod kedua dijangka akan dijalankan esok di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Sebelum ini, Fattah masih belum bersedia untuk menceraikan Fazura itu ketika prosiding pertama pada 25 September lalu.

Manakala, Fazura pula nekad mahu bercerai dengan Fattah demi maruahnya sebagai seorang wanita serta kesejahteraan hidup anak, Nur Fatima Aisya.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti terbabit ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober.

 

Sumber: Kosmo