Pelakon baharu, Erysha Emyra tidak menafikan kini dalam fasa mengenali hati budi aktor kacak, Hun Haqeem.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Erysha Emyra Zakaria, hubungan mereka bagaimanapun hanya sekadar kawan dan bukannya sebagai pasangan kekasih.
Dilihat akrab bersama Hun Haqeem sehingga digosipkan bersama, Erysha berkata pergaulan selama berbulan-bulan di set penggambaran drama bersiri Chinta Wrong Direction menjadi antara faktor hubungan mereka bersama.
“Ya, kami memang sedang mengenal hati budi masing-masing sebab kami rapat kerana telah berbulan-bulan bekerja bersama-sama.
“Tetapi, hakikatnya kami tiada apa-apa hubungan selain selesa berkawan rapat buat masa ini macam dengan pelakon lain,” katanya.
Erysha turut tertawa apabila diusik mengenai keserasian bersama pelakon itu, sehingga ada yang mendoakan jodoh mereka berpanjangan dan tidak hanya dalam drama lakonan.
Dalam laporan lain, Hun Haqeem mengakui selesa hidup ‘solo’ ketika ini dan banyak memberikan masa bersama keluarga serta dirinya sendiri.
Baca: Hun Haqeem Akui Selesa Hidup Solo, Banyak Masa Boleh Luang Dengan Keluarga
Sumber: Kosmo!