‘Minta Maaf Saya Tak Dapat Hadir’ - Erra Fazira Mengaku Dijemput Ke Majlis Kahwin Shahir

Selebriti terkemuka, Erra Fazira mengaku dia menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang berlangsung pada awal September lalu.

‘minta maaf saya tak dapat hadir’ - erra fazira mengaku dijemput ke majlis kahwin shahir

Bagaimanapun, dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana komitmen kerjanya.

“Alhamdulillah, dia (Shahir) dah selamat diijabkabulkan. Sudah bergelar suami orang, semoga berkekalan hingga ke jannah.  

“Minta maaflah saya tak dapat hadir, kerana ada kerja lain,” katanya.

Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan telah selamat diijabkabul bersama pasangan pilihan Jaskin Jaludin, 30, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Subang Jaya pada 2 September lalu.

Dalam pada itu, Erra turut berkata dia terbuka untuk melayari kehidupan berpasangan semula.

“Eh saya tak nak, kenapa nak single kalau boleh berdua. Tapi kalau Allah dah kata begitu, terima sajalah.

“Kalau ada peluang berdua, why not,” ujarnya.

Terdahulu, nama Erra Fazira dan Shahir pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta bersama.

Jun lalu, Erra sempat menitipkan ucapan tahniah atas pengumuman perkahwinan penyanyi lelaki itu.

 

Sumber: Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN