Erra Berharap Anak Cuma Bergurau Tak Bagi Kahwin Lagi

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira membuka cerita mengenai anak perempuannya, Engku Aleesya Engku Emran yang seolah-olah tidak mahunya berkahwin lagi.

erra berharap anak cuma bergurau tak bagi kahwin lagi

Ujarnya, “Saya pernah saja-saja usik dia dan tanya, macam mana jika saya kahwin lagi. Aleesya jawab: ‘ayah nak kahwin, biarkan dia kahwin, tapi mama tak perlu (kahwin).”

Tambahnya lagi, Erra berharap agar anaknya yang kini hampir berusia 12 tahun itu hanya bergurau.

Dalam pada itu, Erra turut mengakui bahawa Aleesya juga sebenarnya telah lama menanti kehadiran seorang adik.

Justeru itu, cahaya mata sulungnya itu berasa sangat gembira apabila hasrat tersebut akhirnya tercapai setelah ayahnya, Engku Emran berkahwin semula dengan Noor Nabila pada 19 Mac lalu.

Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara selebriti Neelofa, juga ialah ibu kepada si cilik, Jebat Jayden Ahmad, 3, hasil perkongsian hidup terdahulu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Kongsinya, “Selama 11 tahun dia seorang, tak ada adik-beradik lain. Aleesya memang nak sangat ada adik. Dia selalu menyebut dan memuji Jebat. Dia sifatkan Jebat seorang kanak-kanak bijak.”

Dengan itu, dia berharap agar Aleesya dapat bergelar seorang kakak yang baik kepada adik barunya itu.

Selain itu, Erra turut mengulas mengenai pendiriannya berkenaan soal jodoh.

Pelantun lagu “Yang Terindah Hanyalah Sementara” itu akui, bahawa dia masih memasang harapan untuk kembali melayari kehidupan rumah tangga namun menyerahkan soal tersebut kepada takdir tuhan.

“Saya tak kata saya tidak cari jodoh, cuma mak Aleesya ni kena tunggu dulu,” katanya.

Lanjutnya lagi, dia tidak meletakkan sebarang kriteria terhadap pasangan idaman tetapi dia berharap agar lelaki yang hadir dalam hidupnya suatu hari nanti mempunyai sifat bertanggungjawab.

“Dulu waktu muda adalah kriteria itu, kriteria ini. Sekarang ni saya rasa jika dia seorang bertanggungjawab, mampu jaga keluarga dan serasi, itu sudah cukup bagus.”

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN