“Saya Sempat Jumpa Boyfriend Di Situ, Tapi Jodoh Tak Panjang,” Ernie Zakri Kenang Zaman PLKN

Penyanyi, Ernie Zakri menyifatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pernah disertainya sebelum ini telah membentuk dirinya menjadi individu yang lebih kuat emosi dan mental.

“saya sempat jumpa boyfriend di situ, tapi jodoh tak panjang,” ernie zakri kenang zaman plkn

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, pelaksanaan PLKN tidak harus dipandang negatif kerana ia banyak memberi kelebihan dan ilmu khusus kepada para peserta dalam kalangan remaja.

 

“Sejujurnya, saya adalah selembik-lembik manusia yang tidak suka berjemur di tengah panas, berkawad dan bangun pagi untuk bersenam.

“Semua itu sangat sukar buat saya yang tidak gemar dan terbiasa dengan aktiviti sedemikian.

“Namun, tidak dinafikan banyak kenangan manis diperolehi sepanjang latihan. Saya berpendapat adik-adik berusia 16 tahun dan ke atas wajar ikuti program ini,” katanya.

“saya sempat jumpa boyfriend di situ, tapi jodoh tak panjang,” ernie zakri kenang zaman plkn

Menurut Ernie, antara kenangan sewaktu menyertai PLKN di Kem Behrang, Perak, adalah beliau sempat menjalin hubungan cinta bersama salah seorang peserta disitu.

 

“Masa PLKN, saya sempat jumpa ‘boyfriend’ di situ. Tetapi jodoh tak panjang, habis PLKN kami putus.

“Di sana macam-macam aktiviti kita lakukan seperti memanah dan menembak. Tetapi, tidaklah sampai mencederakan. Mereka kawal kita dengan rapi dan dijaga baik. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Saya percaya peserta yang akan terpilih mengikuti PLKN 3.0 nanti akan berasa gembira selepas mengikuti program berkenaan,” katanya lagi.

 

Untuk info, Kementerian Pertahanan Malaysia sebelum ini memaklumkan bakal melaksanakan kembali PLKN 3.0 tahun hadapan, melibatkan remaja yang lahir pada 2007.

 

Sumber: HIB Glam